Sunday, August 31, 2008

Gambar Misi Kemerdekaan SUARAMU























Friday, August 29, 2008

Misi Kemerdekaan SUARAMU


Tuesday, August 12, 2008

"Ohayo Gozaimasu, Ya Tuan"

Biasa kita dengar cerita mereka yang hidup di zaman Perang Dunia Kedua dan penjajahan dahulu bagaimana penduduk Malaya perlu tunduk kepada tentera Jepun atau menabik dan kerap menyebut 'ya tuan' kepada bos British mereka sebagai tanda hormat.Zaman tunduk hormat bermula sejurus selepas 5.15 petang pada 15 Feb 1942, Lt Jeneral Arthur Percival, Panglima tentera British di Malaya, menyerah kalah kepada Lt General Tomoyuki Yamashita, Panglima Angkatan Tentera Jepun yang ke-25, di Singapura.Penyerahan itu menandakan jatuhnya pemerintahan British dan bermulanya pentadbiran tentera Jepun di Malaya atau Tanah Melayu.Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula sebelum waktu Subuh pada 8 Dis, 1941, dengan pendaratan di pantai berhampiran Kota Baharu, Kelantan sebelum bergerak pantas ke arah selatan melalui bahagian pantai timur Semenanjung.Penawanan itu mengambil masa kurang daripada tiga bulan dan Tanah Melayu terus dijajah.

OHAIYO GOZAIMASU
Dalam masa pemerintahan Jepun, sering diceritakan bahawa rakyat tempatan yang terserempak dengan askar Jepun atau yang lebih teruk Kempeitai (polis rahsia Jepun), terpaksa tunduk hormat tanda 'ohayo gozaimasu' atau menundukkan badan ke arah matahari terbit menunjukkan hormat terhadap negara Jepun.Gagal berbuat demikian akan dianggap askar Jepun sebagai tidak menghormati mereka dan rakyat tempatan akan ditampar atau disepak terajang, dan lebih teruk lagi akan dikurung dan diseksa.Ada yang mengatakan mungkin tentera Jepun mahu mengajar orang kampung ketika itu supaya menjadi lebih berdisiplin dan bersopan tapi tindakan mereka yang melampaui batas kemanusiaan untuk menunjukkan kuasa mereka hanya menimbulkan kebencian dan dendam.

'YA TUAN'
Selepas gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah kalah kepada British pada 12 Sept 1945. Malaysia dijajah kembali oleh British.Walaupun rakyat tempatan tidak lagi perlu tunduk menyembah, penjajah British tetap mahu dihormati, tapi dengan cara lain yang tidak ketara.Perkhidmatan awam dikuasai mereka, orang Melayu hanya bekerja sebagai atendan, peon, tukang kebun, pemandu atau pelayan bar.Ketika itu, kalau orang Melayu bekerja sebagai kerani di jabatan kerajaan sudah dianggap sebagai cukup bagus, menurut cerita mereka yang melalui zaman itu."Masa tu, kalau jumpa dengan Mat Salleh (orang British), sama ada kita kena 'Tabik Tuan' atau menyebut 'Ya Tuan' setiap kali bercakap," kata mereka, dan hukuman jika gagal berbuat demikian adalah menerusi kerja berat atau rumit dan peluang naik pangkat sudah tentunya tersekat.

BEBAS PENJAJAHAN
Kini, selepas 51 tahun bebas daripada belenggu penjajah, tiada lagi sebutan 'ya tuan' atau tunduk hormat "ohayo gozaimasu yang perlu diamalkan rakyat.Sebaliknya "Assalamualaikum, selamat pagi, zao shang hao (Mandarin) dan kaalai vanakkam (Tamil)" yang kerap dilafazkan, dan ia bukan untuk bos semata-mata tetapi sapaan harian kepada semua orang yang hidup secara saksama di negara merdeka ini.Rakyat Malaysia di zaman merdeka ini seharusnya berasa bertuah kerana mempunyai kerajaan yang ditadbir oleh anak bangsa sendiri dan sebuah negara yang aman, stabil dan makmur.Jika tidak mendalam perasaan itu, cuba bayangkan hidup di zaman kita perlu tunduk dan sering takut kita tersilap langkah.Selamat Hari Lahir Malaysia.

Saturday, August 9, 2008

Apa itu kemerdekaan


Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki. Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita ialah:

Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Ria�, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati
Inilah dia yang dikatakan �Kemerdekaan Sejati�.

Tuesday, August 5, 2008

Kem Sukarelawan rakan Muda

Siri Pertama:

1) Negeri penganjur : Kedah & Perlis
Tarikh : 4 - 8 Ogos 2008
Tempat : Kem PLKN, Bukit Besar, Kulim

2) Negeri Penganjur : W.P Kuala Lumour & Selangor
Tarikh : 12 - 16 Ogos 2008
Tempat : Dusun Eco Resort, Bentong Pahang

3) Negeri Penganjur : Pahang & Negeri Sembilan
Tarikh : 20 - 24 Ogos 2008
Tempat : Kompleks Rakan Muda Bera, Pahang

4) Negeri Penganjur : Sabah & W.P Labuan
Tarikh : 25 - 29 Ogos 2008
Tempat : Kem Perkhemahan Karambunai, Sabah





## kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kem sukarelawan diatas, sila hubungi Jabatan Belia dan Sukan di Negeri Anda atau Jabatan Belia dan Sukan daerah yang berhampiran. penyertaan adalah terhad.