Monday, June 30, 2008

Peraduan Blog "Malaysiaku Gemilang"




Sempena sambutan bulan kemerdekaan 2008, Bahagian Pembangunaan Rakan Muda akan mengadakan satu peraduan Blog.
Cara penyertaan:
1. Klik butang “Sertai” setelah membaca dan memahami Terma dan Syarat peraduan.
2. Cipta Blog yang bersesuaian dengan mengikut tema peraduan “Malaysiaku Gemilang”. Hiasi laman anda dengan mengunakan kemudahan 'Personalisasi' yang disediakan agar laman anda bersesuian dengan tajuk Blog anda.


Terma Dan Syarat Peraduan
1. Peraduan ini terbuka kepada ahli Kad Rakan Muda & ahli portal 2-U.
2. Sila daftar sebagai ahli untuk menyertai peraduan ini sekiranya anda belum menyertai sebagai ahli.
3. 20 Blog yang mendapat kunjungan tertinggi akan dipilih ke peringkat akhir dimana ianya akan diadili oleh panel juri daripada Pengurusan Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan juga Blogger terkenal.
4. Markah akan diberikan berdasarkan kesesuian tajuk blog dengan tema peraduan iaitu 'Malaysiaku Gemilang', dan juga kreativiti penghiasan laman anda.
5. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
6. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut :
HADIAH PERTAMA : RM500.00 + T’shirt Remaja Siber
HADIAH KEDUA : RM200.00 + T’shirt Remaja Siber
HADIAN KETIGA : RM100.00 + T’shirt Remaja Siber
10 x Hadiah Saguhati : T’shirt Remaja Siber
7. Tarikh peraduan : 1 Julai hingga 1 September 2008


Layarilah

Thursday, June 26, 2008

Program Rakan Muda


Program Majlis Pelancaran

Rakan Muda Remaja Siber

Jam 10 pagi
Ahad (29 Jun 2008)
New Wing One Utama, Bandar Utama.

~Semua dijemput hadir~

Tuesday, June 24, 2008

Erti Sukarelawan


Jikalau kita sedar akhir-akhir ini, belia seolah-olah itu sudah alpa terhadap kerja masyarakat. Mereka lebih suka berada di “comfort zone”. Padahal mereka tidak sedar bahawa keadaan sebenar di luar sana amat memerlukan mereka terutamanya yang bergelar belia. Di sini bukanlah ingin mengupas tentang kesedaran belia kepada masyarakat tetapi lebih kepada kesedaran masyarakat itu sendiri.


Apabila kita menghayati takrifan sebenar kesukarelaan adalah membuat sesuatu perkara tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran daripada sesiapa. Tambahan pula, kerja ini adalah sesuatu yang amat mulia di sisi Allah s.w.t lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam sangat digalakkan dengan melakukan kerja amal seperti menolong saudara yang tidak berkemampuan, memberikan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan dan sebagainya. Dalam hadis Nabi yang bermaksud: “Golongan yang berkasih sayang antara satu sama lain adalah seperti satu tubuh badan, jika salah satu anggota badan itu sakit maka keseluruhan anggota akan merasai kesakitannya”.

Kebanyakan orang yang menceburi bidang ini adalah kerana beberapa faktor dari perspektif masyarakat dan individu.Tumpuan disini ialah kepada nilai-nilai dan idealisme yang mendorong individu untuk bersukarela.

Rata-rata orang yang melibatkan diri adalah kerana kepuasan(satisfaction). Kepuasan yang dimaksudkan adalah perasaan lega dan bangga kerana dapat membantu orang lain yang memerlukan,disamping yang dibantu itu pula menghargai bantuan dan sumbangan yang diberikan.

Penglibatan serta kepuasan ini didorong juga oleh sifat altruisme(altruism) atau keinginan untuk melakukan sesuatu kebaikan kepada orang lain. Altruisme ini lahir daripada sifat semulajadi manusia serta penyerapan nilai-nilai sosial yang dialami individu. Maka pendorong kepada kerja ini selain kepuasan dan agama, menjadikan seseorang itu amat positif kepada dirinya dan pihak sasar yang mendapat manfaat daripadanya.

Maka kerja sukarelawan ini adalah satu kerja yang jarang-jarang boleh dilakukan jika tidak dihayati maksud sebenarnya dan tidak berlandaskan kepada syariah yang sebenarnya. Oleh itu, kerja ini perlu dihidupkan kembali kerana kebanyakan masalah yang berlaku di negara kita ini adalah kerana kurangnya kesedaran untuk membantu sesama kita. Walhal kita semua adalah bersaudara yang mana pepatah Melayu ”berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”. Maka bersamalah kita semua untuk membuang sejauhnya sifat hasad dengki sesama kita dan juga kata jangan jaga tepi kain orang.